Saturday 29 August 2015

Produk keluaran Coway yang terbaru : Coway Juicepresso Premium Juicer

Perkongsian ini adalah hasil review dari blog akmaomar.com yang telah  mendapat jemputan produk review Roadshow Coway Juicepresso di Cheras Leisure Mall. jom kita tengok perkongsian dari blog beliau.





Seperti yang kita ketahui, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sebahagian daripada diet yang sihat, banyak khasiat dan baik untuk kesihatan.

Penting untuk pengambilan yang konsisten setiap hari dan termasuk dalam jadual permakanan yang seimbang. Ia membekalkan nutrien penting untuk kesihatan dan penyelenggaraan badan.

Secara keseluruhannya mampu mengelak risiko penyakit kronik dan membantu proses dalam badan.



Coway Juicepresso Roadshow

Coway Juicepresso Roadshow




Saya mendapat jemputan produk review Roadshow Coway Juicepresso di Cheras Leisure Mall. Roadshow diadakan diseluruh Malaysia untuk memperkenalkan produk keluaran Coway yang terbaru.

Produk pemerah jus buah buahan yang berkelajuan rendah Juicepresso terbaru keluaran Coway yang dilancarkan adalah pertama di Malaysia.

Rekabentuk Coway Juicepresso ini moden, terkini dengan design serta ciri-ciri dicipta untuk meningkatkan taraf kesihatan dan hidup anda.

Sesuai untuk gaya hidup moden dan menaik taraf dapur anda.



Coway Juicepresso

Coway Juicepresso All New Premium Juicer






Juicepresso adalah paten pemerah jus berteknologi yang unik dan kuat dari Coway.

Paling menarik, rekabentuk yang solid dan nampak kukuh. Ada satu warna sahaja iaitu merah. Memang cantik, slim, tinggi dengan warna yang menarik.

Lihat imej diatas, pulpa dan jus buah keluar berasingan. Memudahkan kita untuk membersihkan bahagian dalam juice maker.

Tidak seperti kebanyakkan juice maker, kadang-kadang pulpa atau hampas buah akan tersangkut dicelah-celah bahagian dalam pemerah dan susah hendak dibersihkan.



Kebaikan Coway Juicepresso


Ini review yang saya lihat sendiri dari segi rekabentuk, ciri-ciri dan spesifikasi yang ada pada Coway Juicepresso.

Anda tahu tentang espresso coffee?

Brewed coffee yang selalu kita minum yang menggunakan mesin khas dan dijual dengan harga yang mahal kerana kualiti coffee yang asli dan pekat tanpa banyak campuran air.

Apa yang saya kaji dan lihat, Coway Juicepresso lebih kurang sama. Menghasilkan pati jus yang asli dan fresh. Sebab itu agaknya diberi nama Juicepresso.

Apa-apa jenis produk electrikal, paling penting untuk kita titik beratkan adalah keselamatan. Spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan Coway Juicepresso adalah terbaik malah mesra pengguna.

Selain itu, fleksibel digunakan bila-bila masa.

Contoh… jika kita hendak buat apa-apa jamuan, tetamu boleh layan diri, tak payah susah-susah hendak perah jus awal-awal. Sediakan buah sahaja dan Coway Juicepresso. Tekan suis terus keluar fresh jus, letak ais dan tadaa…siap diminum huhu.



Coway Juicepresso Demo


Saya sempat menonton demo, memang mudah, cepat dan bersih.

Tidak remeh nak buat jus sendiri. Jus yang dihasilkan kurang pulpa buah-buahan, kurang buih dan udara didalam jus.

Paling utama jimat masa dan mudah!

Ketika mencuba jus yang dihasilkan dari Coway JuicePresso, rasa jus yang diekstrak manis, pure dan tidak berkeladak berbanding jus yang diekstrak menggunakan pemerah jus biasa yang cepat mendap.

Squeeze Nature, Taste Coway Juicepresso



JuicePresso 3 dalam 1 adalah sistem pengekstrakan Smart yang menggabungkan tiga bahagian yang bergerak ke dalam satu bahagian.
Sistem adalah BPA free dan selamat cepat dan mudah untuk dibersihkan.
The Juicepresso 3 in 1 Smart extraction system(TM) combines three moving parts into one piece. Our system is BPA free and dishwasher safe making clean up fast and easy!


  • Teknologi inovatif yang mendapat paten sedunia dengan Sistem memerah Bersepadu 3 dalam 1. Ringan dan sistem tekanan memerah yang kuat dengan Motor DC yang dicipta untuk memerah buah dan sayur yang lebih keras.
  • Menggunakan kaedah tekan dan perah yang maksimun dengan teknologi kelajuan yang rendah untuk proses pemerahan jus tanpa merosakkan khasiat buah dan kandungan nutrien dan jus kekal dan tidak akan diasingkan
  • Mesra pengguna dan mudah dengan safety sensor automatik yang mengurangkan risiko kecederaan kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk pengguna.
  • Mudah dan cepat untuk dibersihkan kerana tidak banyak bahagian dan tidak rumit.
  • Reka bentuk revolusioner langsing dan canggih dengan cara pemasangan yang mudah. Hanya perlu masukkan screw. dan juice presso anda sedia digunakan.
  • Tahan lama sehingga tujuh (7) tahun jaminan.

Coway Juicepresso Base Unit

Coway Juicepresso Teknologi Paten Terbaik Sedunia



Produk keluaran Coway dari Korea ini memang telah diakui kualitinya. Coway secara meluas diiktiraf sebagai peneraju pengeluar peralatan kesihatan rumah yang terbaik di Korea dan Coway mengembangkan perniagaannya ke pasaran Malaysia pada tahun 2006.
Walaupun harga retail produk Coway agak mahal tetapi berkualiti dan perkhidmatan Coway telah memenangi hati pengguna di Malaysia.
Coway juga telah berjaya memperolehi Sijil Halal dari JAKIM. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengesahkan bahawa penulen air dan penapis Coway telah mematuhi keperluan HALAL mengikut Undang-undang Islam.
Untuk membeli produk Coway Juicepresso ini anda boleh dapatkan dikedai-kedai barangan lektrik yang menjadi agen Coway atau anda boleh lawati laman web Coway Malaysia.
Alah membeli, menang memakai. Biar mahal harga sesuatu barang yang dibeli asalkan bermutu dan tahan lama.


sumber : akmaomar.com 



No comments:

Post a Comment