BIDET TANDAS / TOILET BIDET

SATU KEPERLUAN BAGI MEREKA YANG SELESA

 MENGGUNAKAN TANDAS DUDUK DAN MENGALAMI

 MASALAH SAKIT KAKI DAN SAKIT TULANG BELAKANG UNTUK MENCANGKUNG

 DALAM MASA YANG SAMA MENCUCI SECARA

 MENYELURUH DAN BERSIH









MENGAPA ANDA PERLUKAN TANDAS BIDET DARI COWAY

Bidet adalah perkataan pinjaman Perancis-Inggeris yang bermaksud binaan basin khas yang ditempatkan bersebelahan dengan mangkuk tandas. Ia digunakan untuk membasuh anggota sulit setelah selesai menggunakan tandas.


Bidet digunakan untuk membersihkan kemaluan anda selepas anda menggunakan tandas. Ini adalah sering di sebelah tandas. Setelah anda selesai menggunakan tandas, hanya duduk bidet tersebut dan tekan butang. Air kemudian akan menyembur bahagian bawah anda untuk membersihkannya.





Tandas pintar atau tandas berbidet automatik yang dimaksudkan di sini adalah gabungan mangkuk tandas duduk konvensional dengan sistem bidet automatik yang dicipta khas untuk memudahkan penggunanya.







Ciri pintar tandas automatik ini termasuklah penutup mangkuk tandas yang terbuka secara automatik. Ada juga jenis yang mempunyai lampu yang menyala apabila kita mendekatinya pada waktu malam. Semua ciri-ciri ini boleh ditemukan di tempat awam seperti pejabat dan hotel.







  • Sistem Penyembur Berkembar
  • Mudah Dipasang
  • Tanpa Elektrik
  • Peredam Hidraulik

Bidet tandas kerusi Coway beroperasi tanpa elektrik dan hanya menggunakan tekanan air di rumah anda.

Bidet tandas mesra alam ini merupakan nilai yang terbaik yang terdapat di pasaran hari ini dan menawarkan reka bentuk yang canggih dan moden.

tandas Bidet coway ini hanya dipasang dalam beberapa minit sahaja menggantikan tempat duduk tandas anda yang sedia ada, semua bahagian dibekalkan.






Bidet Coway




ANTARA keperluan asas hidup manusia selain makanan dan tempat tinggal adalah kemudahan tandas yang bersih dan selesa. Sebabnya, realiti kitaran hidup manusia memerlukan kepada penggunaan tandas untuk membuang najis. Tandas yang kotor bermakna mendedahkan penggunanya kepada pelbagai jenis penyakit bawaan air dan yang berkaitan dengan keadaan sanitasi yang kotor.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut bahawa lebih dua juta manusia di seluruh dunia mati setiap tahun akibat penyakit yang berpunca daripada air yang kotor dan sanitasi yang tidak terurus.

Umumnya, kebanyakan orang pasti berfikir dengan menggunakan tisu tandas, mereka sudah bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran. Namun, itu hanya pada pandangan mata kasar.

Hakikatnya, ia tidak boleh membersihkan bahagian sulit kita dengan sempurna kerana virus, bakteria, jangkitan penyakit atau najis masih boleh kekal melekat di liang roma ketika penggunaan tisu tandas berkenaan yang tidak mesra alam.

Kini, pelbagai penyakit berkaitan dubur dan rektum tidak lagi menjadi perkara yang memalukan kerana topik berkenaan semakin disedari ramai.

Masalah penyakit sebegini sebenarnya boleh dicegah menggunakan cara pembersihan hidraulik seperti yang diperkenalkan pengeluar dan pengedar barangan keperluan rumah terutama penapis air dan pembersih udara dari Korea Selatan, Woongjin Coway (Coway).

Memperkenalkan tandas digital yang bersih menerusi bidet Coway di negara ini, selain bersandarkan kepada kecanggihan teknologinya, ia juga mementingkan keperluan dan gaya hidup masyarakat setempat.

Konsep tandas moden yang dilengkapi sistem dikenali sebagai bidet kini digunakan secara meluas di Korea Selatan yang direka cipta khusus bagi mencari penyelesaian mengekalkan kebersihan seterusnya memberi keselesaan kepada pengguna.



Penggunaan yang MUDAH


Penggunaan sistem bidet ini hanya memerlukan pengguna duduk di atas tandas dan selepas selesai membuang air besar, mereka dikehendaki menekan butang dan air akan terpancut dari depan dan belakang untuk membasuh bahagian yang kotor.


Ia diperkenalkan sebagai lanjutan daripada pelbagai perkhidmatan berasaskan kesihatan dan yang mengutamakan kebersihan oleh Coway.

model pertama bidet diperkenalkan di Korea Selatan pada tahun 2002 mendapat sambutan menggalakkan masyarakat negara itu apabila berjaya dijual melebihi sejuta unit.




Bersih setiap masa


semua bidet yang dilengkapi kemudahan pensterilan automatik. Mangkuk tandas akan disteril tanpa menggunakan sebarang bahan kimia," jelasnya.

bidet kini mula mendapat tempat di kalangan masyarakat negara ini terutama bagi yang mahukan keselesaan dan tandas yang kering di rumah masing-masing.

Coway turut terlibat dalam proses memberi pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat tentang kebersihan tandas dan keistimewaan penggunaan bidet.





Penyelidikan dari 32 jurutera untuk menghasilkan yang terbaik


"Dalam menghasilkan teknologi bidet, kami di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan di Seoul menjalankan penyelidikan yang melibatkan 32 jurutera di mana dua daripadanya berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan 12 lagi berkelulusan ijazah sarjana.

"Sebanyak 207 penyelidikan berteknologi tinggi sudahpun dipatenkan dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia," jelasnya.

tentang kesesuaian penggunaan bidet bagi kanak-kanak, terdapat bidet yang dihasilkan khas untuk golongan itu di mana tekanan airnya tidak sekuat bidet untuk golongan dewasa.



Tandas digital selesa, bersih

beberapa model tandas digital dalam ujian di pejabat penyelidikan di ibu pejabat Woongjin Coway di Seoul, Korea Selatan.



KONSEP tandas moden yang dilengkapi sistem dikenali sebagai bidet kini digunakan secara meluas di Korea Selatan yang direka cipta khusus bagi mencari penyelesaian mengekalkan kebersihan seterusnya memberi keselesaan kepada pengguna.

Penggunaan sistem bidet ini hanya memerlukan pengguna duduk di atas tandas dan selepas selesai membuang air besar, mereka dikehendaki menekan butang dan air akan terpancut dari depan dan belakang untuk membasuh bahagian yang kotor.





MODEN...mangkuk tandas dilengkapi sistem digital bidet memudahkan pengguna melaraskan kelajuan air dengan hanya menekan butang.


Malah teknologi digelar tandas moden ini dapat memberi manfaat kepada pengguna yang amat menitikberatkan kebersihan malah ia mampu mengurangkan pembaziran air serta dapat menyalurkan najis kepada sistem lebih baik.


Di kanan tandas dilengkapi sistem bidet dipasang beberapa butang yang berfungsi mengawal kekuatan pancutan air, kawalan suhu air, sumber kuasa dan pelapik tandas yang boleh diselaraskan suhu mengikut keselesaan pengguna.


Keberkesanan sistem ini terbukti mengelakkan kekotoran yang bersepah akibat pancuran air tidak stabil jika menggunakan paip air di tangan kanan berbanding teknologi tandas moden yang mementingkan aspek kebersihan.


Malah sistem bidet juga mengagumkan dan boleh dianggap inovasi paling maju di dunia kerana menggunakan teknologi terkini dilengkapi butang khas yang mengawal pancutan air selain mengelakkan lantai becak dan menjamin kebersihan.


Presiden Pertubuhan Tandas Dunia (WTA), Dr Yong E Cho, berkata, kebanyakan pelancong yang datang ke Korea Selatan akan merasai keseronokan dan keselesaan ketika menggunakan tandas di negara terbabit kerana dilengkapi sistem bidet yang mengutamakan kebersihan dan canggih serta antara yang terbersih di dunia.


Menurutnya, masyarakat di negara ini terhutang budi dengan bekas presiden terdahulu iaitu Jae Duck Shim yang memberi tumpuan untuk meningkatkan kemajuan budaya kebersihan tandas di negara terbabit sehingga mencapai ke tahap sekarang.


“Tanpa kesedarannya yang mengadakan kempen pembudayaan tandas bersih dan cantik, rakyat di negara ini kini tidak akan merasai tandas moden sedia ada.


“Kami percaya budaya dan konsep tandas yang diamalkan di Korea akan dicontohi ke seluruh dunia melalui projek dikenali Toilet of Love yang akan diwujudkan di tandas awam di negara membangun,” katanya kepada seramai 20 wakil media dari Malaysia yang berkunjung ke pejabat WTA di bandar Suwon baru-baru ini bagi mengenali lebih dekat konsep budaya tandas di Korea Selatan.


Yong berkata, penggunaan sistem bidet di kalangan isi rumah sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan malah kemudahan terbabit kini turut digunakan secara meluas di tandas awam.


“Bagi memberi takrifan mengenai tandas yang bersih dan berada dalam keadaan baik ia perlu melepasi beberapa aspek iaitu pengguna seharusnya mempunyai perasaan selesa dan bau menyamankan ketika menggunakan tandas.


“Malah tandas yang bersih juga membolehkan pengguna dapat membaca buku dengan tenang dan melihat lukisan cantik tergantung di dinding tanpa terganggu. Mereka juga dapat mendengar muzik di dalam tandas,” katanya.


Beliau berkata, selain itu, apa yang lebih penting konsep tandas moden yang bersih akan membuatkan pengguna dapat menikmati hidangan makanan di dalamnya dengan gembira dan tenang.


“Jika kesemua ciri-ciri itu ada di dalam tandas terbabit, maka ia boleh ditakrifkan sebagai tandas bersih dan cantik yang memenuhi kriteria tandas moden.


“Selain itu, elemen paling penting bagi mengekalkan kemudahan tandas yang bersih dan cantik khususnya di bandar Suwon adalah dengan mempunyai peruntukan dana bagi menyelenggara kemudahan tandas setiap masa.


“Cara mentadbir urus yang sistematik dan konsisten dalam penyelenggaraan turut dititikberatkan bagi memastikan tandas awam sentiasa bersih,” katanya.


Seorang pengguna sistem bidet, Choi Hee Jung, 36, berkata, sebelum menggunakan kemudahan terbabit, tandasnya sering kotor menyebabkan dia mengambil keputusan membeli produk tandas keluaran syarikat Coway yang menggunakan sistem bidet berkenaan.


Menurutnya, sejak menggunakannya, dia berasa selesa dan puas hati dengan teknologi terbabit yang membuatkan tandas di rumahnya bersih. Malah pengguna juga akan menikmati khidmat selenggara daripada pihak Coway bagi memastikan produk yang digunakan berada dalam keadaan baik sekali gus menjamin kebersihan tandas.



PENGGUNAAN TANDAS BIDET POPULAR DI JEPUN DAN KOREA



Promosi tandas Bidet cantik di korea


BANDAR Suwon, Korea Selatan melancarkan projek tandas cantik sejak 1997 dalam usaha membudayakan cara hidup rakyatnya yang mengutamakan kebersihan tandas.


Usaha promosi terbabit membuatkan seramai 1.1 juta penduduk di bandar berkenaan mengubah cara hidup dengan menggunakan tandas yang cantik dan bersih melalui sistem bidet.


Bagi memberi kepuasan kepada rakyatnya ketika menggunakan tandas awam yang ada, pihak kerajaan menyediakan kemudahan tandas yang lengkap dengan hiasan lukisan di dinding, menghias bunga malah pengguna boleh menghayati muzik yang dipasang berserta wangian menjadikan tandas terbabit elegan dan moden.


Usaha yang dijalankan itu bagi menjadikan tandas awam yang ada di bandar itu tergolong dalam kategori tandas berkelas dunia yang menitikberatkan kebersihan dan keselesaan ketika menggunakannya.


Reka bentuk tandas awam yang menarik dengan pelbagai bentuk dilengkapi teknologi bidet menjadikan ia tandas moden yang bersih dan mesra pengguna.



Malah pembinaan tandas awam ini turut menjadi salah satu pakej pelancongan kepada pelancong yang datang ke Korea Selatan yang akan berasa teruja ketika melihatnya malah mereka turut dapat merasainya dengan sendiri.



Haewoojae (Muzium Tandas) dibina oleh Jae Duck Shim pada 2007 dalam usahanya membudayakan pengamalan penggunaan tandas bersih dengan menyediakan maklumat berkaitan tandas di dalamnya dan sejarah mengenainya turut dipamerkan di sini.




ANDA MUNGKIN INGIN MEMILIKI TANDAS BIDET YANG MODEN DI RUMAH ANDA BAGI MEMASTIKAN TANDAS KELUARGA ANDA SELESA DAN BERSIH.



Harga / Price 

Belian Tunai / Outright 

RM950 sahaja



Sewa bulanan / ansuran / Monthly Rental 


RM30 sahaja



HUBUNGI SAYA

WHATAPPS / SMS / CALL



Coway Professional Health Planner


En. Hafeez Hashim : 012-3969017
E-mail : hafizhashim786@gmail.com


Coway Headquarters Kuala Lumpur
Ground Floor, Wisma UOA II,
No. 21, Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment