PEMBERSIH UDARA COWAY / COWAY AIR PURIFIER


TAHUKAH ANDA TERDAPAT BEBERAPA PENYAKIT BERBAHAYA YANG BOLEH MEMBAWA MAUT HANYA MELALUI UDARA?



ANDA DAN KELUARGA TERDEDAH KEPADA PENYAKIT DARI PENCEMARAN UDARA KERANA KITA BERNAFAS 24 JAM SEHARI,7 HARI SEMINGGU DAN 365 HARI SETAHUN.




1. penyakit berbahaya akibat asap rokok


Bahaya Menjadi Perokok Pasif






Perokok pasif adalah seseorang yang tidak merokok secara langsung tetapi menghidu asap rokok dari orang-orang yang merokok di sekitarnya seperti di rumah ataupun di tempat kerja dan sekitar tempat awam. 

walaupun anda dan keluarga anda tidak merokok,anda sekeluarga tergolong sebagai perokok pasif dan boleh terkena juga kesan buruk dari asap rokok tersebut. makin kerap anda terdedah kepada asap perokok ini makin berisiko tahap kesihatan anda,malah lebih teruk dari yang merokok.

Ketika dihembuskan asap oleh perokok, asap rokok tidak hilang begitu saja. Asap rokok dapat bertahan di udara sekitar dua hingga tiga jam. Asap rokok akan tetap ada walaupun mata dan hidung anda tidak lagi menghidu atau melihat asap tersebut.





Kesan Buruk Asap Rokok


Menghidu asap rokok pasti mengalami kesan buruk, baik secara sementara ataupun kesan jangka panjang. asap rokok secara langsung menimbulkan gejala seperti mata merah, sakit kepala, dan 
batuk-batuk.

Asap rokok yang tersebar mengandungi lebih dari 7000 jenis bahan kimia. Ratusan bahan di antaranya telah dikesan sebagai unsur berbahaya, seperti karbon monoksida dan amonia. Selain itu, asap rokok mengandung lebih dari 50 bahan kimia yang dapat menyebabkan kanser seperti arsenik, nikel, kadmium, dan formaldehida.




kesan Pada orang dewasa yang tidak merokok



Sentiasa terdedah kepada asap rokok secara pasif dapat meningkatkan risiko seseorang untuk diserang kanser paru-paru sebanyak 25 %. 

Asap rokok yang dihidu memberi kesan buruk pada dinding pembuluh darah dan membuat darah menjadi lebih mudah untuk menggumpal. Merokok secara pasif juga dapat menyebabkan penyempitan pembuluh darah

Semua ini membuat perokok pasif lebih berisiko terkena stroke dan serangan jantung. Dengan terganggunya pembuluh yang mengalirkan darah ke jantung,jantung pun berisiko terganggu dan menyebabkan kegagalan jantung.




kesan Pada wanita mengandung

Wanita yang sedang mengandung terdedah kepada asap rokok berisiko lebih tinggi untuk mengalami komplikasi seperti keguguran,kandungan meninggal,dan memberi kesan buruk ada bayi.



kesan Pada anak-anak

Anak-anak yang menghidu asap rokok lebih berisiko diserang penyakit seperti Asma,Infeksi telinga dan sistem pernapasan terganggu seperti pneumonia dan bronkitis,


Bukan hanya kesihatan anak perokok pasif juga yang terganggu, kemampuan akademik anak juga lebih rendah dibandingkan anak yang tidak terdedah kepada asap rokok.
Selain itu, anak-anak yang dibesarkan oleh ibu-bapa yang merokok cenderung menjadi perokok apabila mereka besar nanti. Jadilah contoh yang baik bagi anak Anda dengan berhenti merokok. Selain baik untuk kesehatan anak, berhenti merokok juga mendatangkan manfaat bagi kesihatan Anda sendiri.







Tips menghindari dari Asap Rokok



Terdapat beberapa tempat yang patut diambil kira oleh perokok pasif. Langkah-langkah pencegahan boleh diamalkan pada tempat-tempat tersebut.

Anda boleh meminta dengan sopan kepada perokok agar tidak merokok ketika bersama Anda. Jika hal itu tidak berjaya, Anda haruslah beredar dari perokok itu agar anda tidak terdedah kepada asap rokok tersebut. 

kajian secara pemerhatian juga melihat perokok di Malaysia tidak mengendahkan tanda larangan merokok dan sering merasa ego tercabar bila ditegur supaya jangan merokok di tempat awam.

Membuat persekitaran rumah BEBAS dari asap rokok merupakan salah satu cara terbaik yang boleh Anda lakukan untuk menjaga kesihatan keluarga anda. Larang siapa pun yang ingin merokok di dalam rumah.

Asap rokok boleh ditemui di beberapa tempat umum seperti stesen bas, warung dan kafe. Jika Anda memutuskan untuk pergi ke tempat awam, usahakan untuk memilih tempat atau area non-smoking yang terbebas dari asap rokok. 


Setelah memahami cara-cara tersebut, kini Anda dapat menghindari keluarga dari kesan buruk dari asap rokok pasif.







2.PENYAKIT BERBAHAYA AKIBAT PENCEMARAN UDARA DARI AKTIVITI PERLOMBONGAN



isu Bauksit Menjadi Parah Kepada Penduduk

Akibat daripada pelombongan bauksit yang tidak terkawal akan menyebabkan pencemaran udara, pencemaran air serta boleh mengundang kepada masalah kesihatan kepada masyarakat disekitar.


Dalam satu kajian penyelidik Australia menyatakan lumpur merah bauksit boleh menyebabkan kanser paru-paru.

Selain itu bahan Hidrosida Natrium (NaOH) yang terkandung dalam lumpur merah bauksit adalah berbahaya kepada manusia. Jika bahan ini terkena secara lansung kepada manusia boleh mengakibatkan kerengsaan kulit, radang pernafasan.

sumber : http://www.vlink.com/socialissues




Terpaksa pasang Tembok, jaring dan penapis untuk kurangkan pencemaran udara akibat perlombongan bauksit



Keadaan jalan di Bukit Goh selepas hujan yang didakwa akibat lori membawa bauksit.



KUANTAN – Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (KPC) akan membina tembok setinggi sembilan meter di kawasan penyimpanan bauksit di pelabuhan di sini, bagi mengurangkan kesan pencemaran daripada bahan mineral itu kepada penduduk setempat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Adun Beserah Andansura Rabu yang berkata KPC juga memberitahu akan memasang jaring bagi mengelak debu bauksit berterbangan sehingga mengangggu keselesaan penduduk.

"Pihak berkenaan juga akan menyelenggara dan memasang penapis di longkang selain mengasingkan sisa kelodak bauksit agar tidak mengalir secara terus ke sungai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan di pejabat KPC di sini, hari ini.‎

Turut serta dalam perjumpaan itu ialah Adun Teruntum Sim Chon Siang manakala KPC diwakili Pengurus Kanan Jabatan Trafik dan Marin, Alimi Ibrahim dan Pengurus Bahagian Kesihatan, Alam Sekitar dan Keselamatan, Abdul Halim Hussien.

Andansura yang menyambut baik pelan itu, bagaimanapun memohon supaya KPC dapat melaksanakan semua rancangan itu dengan segera memandangkan tempoh pelaksanaan yang diberitahu KPC iaitu sehingga Jun 2016 adalah terlalu lama.

"Ia perlu disiapkan segera, iaitu sehingga hujung tahun ini atau awal tahun 2016. Tempoh perancangan yang terlalu lama akan menimbulkan keadaan pencemaran yang lebih teruk dan mengganggu penduduk setempat," katanya.

Sementara itu Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) Ali Akbar Othman berkata pihaknya akan mengadakan perarakan 'kereta celup tepung' iaitu kereta yang 'disaluti' debu bauksit di Padang MPK1 di sini, pada Sabtu ini.

Beliau menambah pihaknya telah mendapat kebenaran untuk mengadakan himpunan itu yang dijangkakan akan disertai kira-kira 3,000 orang terutamanya penduduk dari kawasan yang terlibat dengan pencemaran bauksit seperti di Beserah, Sungai Ular dan Bukit Goh.

"Masalah yang dihadapi bukan sekadar debu bauksit, tetapi juga kesesakan jalan akibat tindakan lori mengangkut bauksit yang tidak menentu, termasuk semasa waktu puncak penduduk keluar dan balik kerja.

"Perjumpaan dengan KPC juga memaklumkan bahawa setiap hari terdapat 2,000 trip lori ke pelabuhan. Ini adalah jumlah yang luar biasa," katanya.

Ali Akbar berkata pihaknya juga akan menyerahkan petisyen kepada kerajaan negeri bagi menuntut tindakan diambil untuk mengatasi masalah berkaitan perlombongan mineral itu. -


sumber: sinar harian






3.PENYAKIT BERBAHAYA AKIBAT MASALAH JEREBU


jerebu menjadi masalah yang serius kerana ia berlaku hampir setiap tahun di dalam negara.





Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.
 

Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.




Punca - Punca Jerebu 


Punca utama jerebu adalah akibat daripada :


  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan




JEREBU BOLEH MENGANCAM KESIHATAN ANDA DAN KELUARGA 




Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :


  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
 3.Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan

4.Perokok
5.Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.


Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:




• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.

• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.

• Mata terasa pedih dan berair.

• Hidung berair dan kerap bersin.

• Kulit badan terasa gatal-gatal.

• Terasa sakit dada.








4. PENYAKIT BERBAHAYA AKIBAT PENCEMARAN UDARA DARI virus influenza






Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.



Bagaimana anda boleh dijangkiti virus influenza ini?




Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. 



Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.


Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu



1.Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)
  • Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran.

  • Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI).

  • Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini

  • Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

2.Common Cold
  • Disebabkan oleh berbagai jenis virus
  • Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
  • Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari


3.Pharyngitis / radang tekak

  • Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak.

  • Gejala utama adalah sakit tekak dan demam

  • Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya


4.Pneumonia/ jangkitan paru-paru

  • Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru

  • Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas

  • Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital.





Kini anda tidak perlu RISAU. anda memerlukan PENAPIS UDARA yang mampu membersihkan udara sekeliling anda, mampu Menghilangkan bau rokok dan meneutralkan molekul asapnya,Membersihkan udara berjerebu,Mematikan kuman dan bakteria serta Membasmi bau busuk dan hapak.



ANDA MUNGKIN MEMERLUKAN PEMBERSIH UDARA COWAY



Kegunaan dan manfaat yang anda perolehi dari pembersih udara coway :


Pembersih udara coway atau coway air purifier adalah alat penulen udara yang membuang bahan-bahan tercemar yang disebarkan melalui udara di dalam bilik. 

Bahan-bahan tercemar seperti bakteria,virus,unsur beracun seperti asap rokok,asap dari kenderaan,jerebu atau pencemaran udara yang lain yang tidak anda sedari boleh dibasmi melalui pembersih udara coway ini.


Pembersih udara coway atau coway air purifier ini memberi manfaat kepada penghidap alahan dan asma, dan mengurangkan atau menyelamatkan keluarga anda yang tidak merokok dari terdedah bahan beracun dari persekitaran yang terdedah dari perokok.

Pembersih udara coway juga boleh digunakan dalam industri seperti ruang pejabat,restoran,ruang kawasan masjid,dewan seminar,bilik kelas,sekolah dan lain-lain untuk membuang kekotoran seperti CO2 di udara.

Habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan, spora acuan, dan hama najis boleh bertindak sebagai alergen, yang boleh mencetuskan punca alahan pada orang yang sensitif terutama anak-anak anda.

Zarah asap dan sebatian organik meruap atau volatile organic compounds (VOCs)  boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan anda dan keluarga.

Dengan kemajuan teknologi penulenan udara,pembersih udara semakin mampu menangkap lebih banyak bakteria, virus, dan DNA yang boleh merosakkan zarah. 

Pembersih udara digunakan untuk mengurangkan kepekatan bahan cemar bawaan udara dan boleh berguna dan berkhasiat untuk mereka yang mengalami alahan dan asma.



CIRI-CIRI HEBAT PENAPIS UDARA COWAY SECARA UMUM



1. Berupaya membersihkan udara seluas 1600 sqft.

2. Menghilangkan bau rokok dan meneutralkan molekul asapnya.

3. Mematikan kuman dan bakteria.

4. Membersihkan udara berjerebu.

5. Menyedut bulu halus haiwan peliharaan.

6. Membasmi bau busuk dan hapak.

7. Menghasilkan 'Plasmacluster Negative Ions'.

8. Dilengkapi dengan perbagai sensor dan fungsi seperti:


  • Auto Mode
  • Auto On & Off
  • Sleep Mode
  • Silent Mode
  • Eco Mode
  • Turbo Mode

9. Indikator kualiti udara yang berubah warna berdasarkan kualiti udara semasa.

10. Stylish & Futuristic.





Mengapa Pembersih udara coway atau Coway Air Purifer?



Kerana Coway telah terbukti sebagai satu jenama dipercayai Pengguna Isi Rumah dan peralatan Elektronik Di Korea.

• Lebih daripada 5 juta pelanggan yang berpuas hati di Korea.

• Salah satu R terbesar & D Center dengan state-of-kemudahan terkini dan lebih daripada 250 kajian.

• Menerima Pelbagai Anugerah Antarabangsa & Sijil.

• Diiktiraf sebagai "Air Minuman Kualiti Agensi Pemeriksaan".

• pengilang Penapis air tertutup Dunia terbesar .

• Dianugerahkan Persatuan Kualiti Air (WQA) Gold Seal Mark.

• staff servis teknikal coway atau Cody sentiasa pernah siap dalam membantu penyelenggaraan produk pelanggan.

• Mematuhi Standard RoHS (Sekatan Bahan Berbahaya Arahan).






ADA 4 PILIHAN Pembersih udara COWAY YANG TERBAIK MENGIKUT CITARASA DAN KEPERLUAN ANDA





1. PEMBERSIH UDARA COWAY TUBA (AP-3008FH)


COWAY AIR PURIFIER TUBA (AP-3008FH)






  • Dilengkapi butang pintar yang boleh mengesan dan menapis habuk walaupun dimatikan.
  • Mampu mengesan pencemaran udara dalaman berdasarkan sebarang gas yang berbau busuk.
  • Mempunyai saluran udara yang boleh bergerak ke hadapan dan kebelakang untuk meningkatkan peredaran udara didalam kawasan rumah anda @ kawasan tertutup. 





Mempunyai penapis anti selsema HEPA untuk membuang virus influenza yang diformulasikan oleh pusat kajian ginkgo and japanese sumac yang berupaya untuk mematikan virus.

Mempunyai 5 lapisan pembersih udara yang ditambah dengan anti microbial filter yang mampu menghapuskan lebih banyak jenis bakteria dan virus sehingga mengurangkan 99.9% pencemaran.

1.Pre filter : menapis partikel besar seperti habuk,rambut dan bulu. sesuai bagi anda yang membela kucing.anda kini tak perlu risau dengan alahan pada bulu haiwan tersebut.

2. Medium filter: membuang unsur seperti habuk,kuman dan debu-debu kulat.

3. Anti microbial filter :mematikan unsur virus dan bakteria sehingga 99.9%.

4. Deodorization filter :membuang udara busuk yang berbahaya

5.Anti flu HEPA filter : menapis asap rokok,virus berbahaya,kuman,habuk dan debu-debu halus.





Sistem kelajuan boleh laras yang boleh berubah secara automatik berdasarkan kualiti tahap udara didalam rumah anda. semakin tercemar udara maka kelajuan dan kemampuan untuk mennapis akan dipertingkat.

Dilengkapi juga dust sensor yang mampu mengesan habuk-habuk dan partikel debu kecil yang terapung diudara.




Dilengkapi penanda aras tahap kebersihan udara yang akan berubah warna mengikut kualiti udara dan mempunyai sistem pengunci keselamatan untuk kanak-kanak.





Mampu memberi pelindungan udara kepada tempat yang besar dan luas sehingga 2650 kaki persegi. sesuai untuk keperluan rumah anda,pejabat,bilik kelas,bilik seminar,dewan,restoran,gym atau ruang tamu.




Rekabentuk yang cantik,menarik,moden dan senang dibawa kemana-mana.











Harga / Price 

Belian Tunai / Outright 

RM4,500 sahaja

Sewa bulanan / ansuran / Monthly Rental 

RM150 sahaja




2. PEMBERSIH UDARA COWAY DOLOMITE(AP-1008CH)


COWAY AIR PURIFIER DOLOMITE (AP-1008CH)





pembersih udara anti virus


Memenangi 3 pertandingan utama rekabentuk dan sesuai untuk anda letakkan dimana-mana ruang di rumah anda.Bentuk yang menarik,moden dan cantik.



sistem kawalan bijak (AI control)

1.Auto mode : pergerakan udara secara automatik dikawal berdasarkan tahap pencemaran udara persekitaran.

2.Power saving mode : pembersih udara akan berubah kepada mode penjimatan kuasa apabila tahap udara telah dibersihkan selama 10 minit.

3.Sleep mode :  suis pembersih udara akan berubah kepada mode tidur apabila ia tidak lagi mengesan sebarang bentuk pencemaran yang mebahayakan.

Menjimatkan bekalan elektrik anda dan tiada sebarang pembaziran berlaku.



Penapis udara yang dicipta untuk menyerap dan memusnahkan permukaan virus influenza / H1N1 supaya keluarga anda terlindung dari bahaya.

Mempunyai 4 lapisan pembersih udara yang ditambah dengan anti microbial filter yang mampu menghapuskan lebih banyak jenis bakteria dan virus sehingga mengurangkan 99.9%pencemaran.

1.Pre filter : menapis partikel besar seperti habuk,rambut dan bulu. sesuai bagi anda yang membela kucing.anda kini tak perlu risau dengan alahan pada bulu haiwan tersebut.

2. Non-woven filter: membuang unsur seperti habuk,kuman dan debu-debu kulat.

3. Anti virus filter :mematikan unsur virus dan permukaan bakteria sehingga 

4..Anti flu HEPA filter : menapis asap rokok,virus berbahaya,kuman,habuk dan debu-debu halus.




Dilengkapi dengan penunjuk lampu yang akan berubah warna mengikut kualiti udara persekitaran.




Harga / Price 

Belian Tunai / Outright 

RM2,500 sahaja

Sewa bulanan / ansuran / Monthly Rental 

RM85 sahaja





3. PEMBERSIH UDARA COWAY AIRES (AP-1009CH)


COWAY AIR PURIFIER  AIRES (AP-1009CH)





Menggunakan Sistem penapis medium A3


1.anti bacteria / anti bakteria
2.anti odor / anti bau
3.anti dust / anti habuk dan debu.


  • Menyingkirkan 99% bakteria , 80% debu @ habuk dan 40% bau 
  • Menyingkirkan bakteria melalui sistem anti bakteria melalui penapis vacumm metalized nano silver yang power.
  • Berkesan menyingkirkan udara berbahaya dan berbau busuk melalui penapis bentuk karbon aktif.
  • Mengumpul dan menyerap habuk dengan lebih baik







Mempunyai 3 lapisan pembersih udara yang ditambah dengan anti microbial filter yang mampu menghapuskan lebih banyak jenis bakteria dan virus sehingga mengurangkan 99.9%pencemaran.

1.Pre filter : menapis partikel besar seperti habuk,rambut dan bulu. sesuai bagi anda yang membela kucing.anda kini tak perlu risau dengan alahan pada bulu haiwan tersebut.

2. Medium deodorization filter: membuang unsur seperti habuk,kuman dan debu-debu kulat dan gas berbahaya.

3..Anti flu HEPA filter : menapis asap rokok,virus berbahaya,kuman,habuk dan debu-debu halus.





Menggunakan penapis yang lebih halus yang mampu menyerap dan memerangkap habuk lebih 10% dari penapis biasa. ia juga mudah dikeringkan selepas dicuci.




Mudah dikendalikan.

Mempunyai butang kawalan yang mudah dan tidak mengelirukan anda. ia juga senang dikendalikan dan tidak leceh. hanya mempunyai 4 butang kawalan.

1. Power button : butang kuasa atau butang on untuk menghidupkan penapis udara ini.
2. Auto mode : pergerakan udara automatik akan dikawal berdasarkan kualiti udara persekitaran semasa.
3. Mood : penunjuk fungsi lampu dan penukaran penapis 
4.Speed: butang kelajuan boleh laras.





Harga / Price 

Belian Tunai / Outright 

RM2,100 sahaja

Sewa bulanan / ansuran / Monthly Rental 

RM65 sahaja







4. PEMBERSIH UDARA COWAY LOMBOK II (AP-1511FH)

COWAY AIR PURIFIER  LOMBOK II (AP-1511FH)






Kelebihan Air Purifier Coway Model LOMBOK II 


✔Mempunyai 6 peringkat tapisan

✔Mencegah & membunuh pelbagai jenis kuman yg terdapat di udara

✔Hepa Filter mampu menapis Virus Human Influenza ( bersin ) & Virus H1N1 dgn kadar peratusan 99.99%

✔Jika ada lagi kuman yang halus drpd Virus H1N1 seperti E.Coli,RBD Plasma Filter akan membunuh kuman-kuman tersebut dgn menggunakan kuasa elektrik

✔Menghapuskan bau asap rokok

✔Diadorant Filter mewangikan udara

✔Kelompok penjana ION NEGATIF yang melancarkan perjalanan darah dalam badan

✔Sistem Pembersihan berirama oleh kipas turbo dapat menyebarkan udara bersih ke semua tempat

✔Berat hanya 12kg,membolehkan anda mengalihkannya ketempat tidur atau kemana-mana sahaja yang anda inginkan

✔Merangkumi keluasan kawasan sehingga 1600 kaki persegi

Sangat2 digalakkan utk mereka yg ada ASMA & ALAHAN HABUK








Menyingkirkan bau asap rokok dalam masa seminit


Mempunyai lampu yang menunjukkan kualiti udara di tempat anda 



Penapis udara ini juga dicipta untuk menyerap dan memusnahkan permukaan virus influenza / H1N1 supaya keluarga anda terlindung dari bahaya.


Mempunyai penapis anti selsema HEPA untuk membuang virus influenza yang diformulasikan oleh pusat kajian ginkgo and japanese sumac yang berupaya untuk mematikan virus.

Mempunyai 6 lapisan pembersih udara yang ditambah dengan anti microbial filter yang mampu menghapuskan lebih banyak jenis bakteria dan virus sehingga mengurangkan 99.9% pencemaran.

1.Pre filter : menapis partikel besar seperti habuk,rambut dan bulu. sesuai bagi anda yang membela kucing.anda kini tak perlu risau dengan alahan pada bulu haiwan tersebut.

2. Legionella filter: membuang bakteria berbahaya seperti legionella,aureus,staphyloccos dan lain-lain bakteria berbahaya.

3. Anti flu HEPA filter : menapis asap rokok,virus berbahaya,kuman,habuk dan debu-debu halus.

4. RBD plasma filter: membuang kuman,habuk dan debu-debu halus seperti bakteria E.coli.

5. Catalyst filter : menyingkirkan gas-gas beracun dan berbahaya seperti formadyhyde yang biasa ada didalam gam perabot.

6. Advanced deodorant filter : menyingkirkan bau-bau busuk,bahan beracun dari asap rokok dan dari pencemaran udara yang lain.




Rekabentuk yang moden,menarik dan cantik. sesuai diletakkan dimana-mana ruang di rumah anda.









Harga / Price 


Belian Tunai / Outright 

RM3,300 sahaja


Sewa bulanan / ansuran / Monthly Rental 

RM110 sahaja




ANDA INGIN MEMILIKI PEMBERSIH UDARA COWAY UNTUK KESIHATAN KELUARGA ANDA ?



HUBUNGI SAYA

WHATAPPS / SMS / CALL






Coway Professional Health Planner


En. Hafeez Hashim : 012-3969017
E-mail : hafizhashim786@gmail.com


Coway Headquarters Kuala Lumpur
Ground Floor, Wisma UOA II,
No. 21, Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment