Pengguna diminta Berhati-hati dengan Bahan Seramik Dalam Alat Penapis Air Dari Tulang Haiwan. TIDAK HALAL !
Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, microorganisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.
Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah ada bahan Seramik (bukan semua) yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada kartrij sistem penapis air.
Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang Khinzir. Teknologi ini sama seperti teknologi membuat bahan porceline, bahan industri yang menggunakan Seramik, Ceramic Ball, Ceramic Disc dll yang banyak digunakan sebagai bahan di dalam alat penapis air di pasaran termasuklah yang mempunyai standard antarabangsa.
Yang paling popular dan paling meluas penggunaanya ialah dari bahan 'Bone-China' yang bermutu tinggi, tahan lama serta 'cost effective'.'Bone-Cina' atau 'Fine Bone-China' begitu popular dan cukup meluas penggunaannya di dalam industri ini.
Bukan sahaja bahan Seramik, malah bahan lain di dalam alat penapis air seperti penapis Karbon tertentu juga ada yang menggunakan bahan yang dibuat dari tulang haiwan. Ia dipanggil 'Bone-Char' (proses pembakaran serbuk tulang haiwan yang kemudiannya dimampatkan).
Ia diproses dari 'cattle bones' atau tulang haiwan2 ternakan dan begitu banyak supply di negara asal bahan ini serta bahan Seramik untuk Sistem penapis air ini diproses dan dibuat (China). Cuba anda agak, tulang haiwan ternakan apa yang paling banyak di sana?
Oleh itu, bagi pengguna Islam haruslah berhati-hati. Bukan sahaja bahan Seramik & bone char digunakan secara meluas untuk alat penapis air, malah 'refine sugar atau gula halus (lihatSINI), bahan pemutih gigi, bahan menampal gigi, pinggan mangkuk, alat solek, dakwat, pewarna/dakwat alat printer dan bermacam lagi.
Oleh itu, bagi pengguna Islam haruslah berhati-hati. Bukan sahaja bahan Seramik & bone char digunakan secara meluas untuk alat penapis air, malah 'refine sugar atau gula halus (lihatSINI), bahan pemutih gigi, bahan menampal gigi, pinggan mangkuk, alat solek, dakwat, pewarna/dakwat alat printer dan bermacam lagi.
Sistem Penapis Air Coway adalah Penapis Air berteknologi tinggi yang digunakan oleh mereka yang inginkan air bersih, halal dan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit.
Selain daripada itu, Sistem Penapis Air Coway juga telah diiktiraf oleh pelbagai agensi dari dalam dan luar negara. Ianya rekaan bertaraf 5-BINTANG dengan harga mampu milik.
PENGELUAR peralatan elektrik jenama Coway, berjaya memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk produk penulen airnya sekali gus menjadikannya pengeluar penulen air antarabangsa pertama menerima pengiktirafan itu.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, James Park Jae-Young berkata, pengiktirafan itu membuktikan produk Coway memenuhi piawaian halal dan secara tidak langsung memudahkan pengguna Islam membuat keputusan untuk membeli produk keluaran syarikat itu.
Katanya, syarikat Coway sudah menjemput Jakim untuk menyertai rombongan penelitian ke pusat penyelidikan dan kilang Coway berpangkalan di Korea.
“Sebagai pengeluar penapis air dalam bilik terbesar sejagat, pengawalan kualiti kami yang ketat berjaya menepati piawaian dari segi agama dan kebersihan yang ditetapkan Jakim. Tambahan pula, pusat penyelidikan Coway dilantik Persatuan Kualiti Air sebagai makmal ujian sejak 2009.
“Ia adalah sebuah persatuan yang mewakili industri rawatan air bagi kediaman, komersial dan perindustrian untuk menetapkan piawaian bagi kemudahan rawatan air,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
SUMBER : Harian Metro
Sijil halal bagi setiap lapisan filter untuk semua produk penulen air COWAY / COWAY water purifier
PDF me okay
ReplyDeleteBila nak keluar sijil halal yg terkini?
ReplyDeleteLps tu? Bayarlh seumur hidup nk tanggung sistem n staff coway ni. Sistem jualbeli dia mcm Eon.
ReplyDelete