Friday, 28 August 2015

6 Tips Memilih Penapis Air Terbaik Untuk Kediaman Anda



Rasanya semua orang tahu dan pernah nampak warna air yang keluar daripada paip rumah kita kan? Kadang-kadang keluar keladak, karat dan berbau. Bila dah Nampak macam ni, agak-agak selamat ke air ni untuk diminum?

Itu sebabnya selama ni, saya hanya minum air mineral. Tak berani nak minum air dari paip, kecuali kalau dah ditapis. Sekarang, bila dah pindah rumah sendiri, baru saya pasang penapis air sendiri di rumah.

Nak pilih penapis air pun sama je macam nak pilih rumah. Kena tau sedikit sebanyak apa ciri yang perlu ada pada penapis air yang bagus. Oleh itu, saya kongsikan 6 tips memilih penapis air terbaik untuk kediaman anda.


1. Ketahanan

Bila beli perkakas untuk rumah kediaman sendiri, kita kena tengok pada ketahanan produk tersebut. Yelah.. nak tinggal kat situ lama, jadi produk yang dibeli mestilah tahan lama.

Sama juga dengan penapis air. Saya pilih jenama yang memang dah lama wujud, yang ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang penapisan air



2. Mempunyai Pensijilan Antarabangsa.






Kalau kat Malaysia, produk elektrik menggunakan pensijilan daripada Sirim sebagai bukti bahawa produk ini telah diuji dan selamat. Produk penapis air pun ada pensijilannya sendiri dan pensijilan dilakukan oleh NSF (National Sanitation Foundation) dari US.

Apa yang mereka buat adalah mereka uji setiap produk penapis air yang ada di pasaran bagi memastikan produk itu menepati piawaian yang ditetapkan. Produk penapis air yang berkualiti harus mempunyai pensijilan NSF. Kalau takde, elakkan.



3. Teknologi

Air yang disalurkan terdedah kepada pelbagai jenis dan punca pencemaran seperti paip lama yang berkarat, pasir, lumpur dan tak kurang juga punca air itu sendiri yang kadangkala sudah tercemar. Tu semua kotoran yang boleh kita Nampak lah kan..




4. Mudah untuk diselenggara

Pada tapak paip air penapis ini ada lampu indicator yang menunjukkan air boleh diminum. Bila sampai masanya, lampu ini akan bertukar menjadi merah menandakan telah sampai waktu untuk menukar penapis (jangka hayat penapis setahun+).

Dalam masa 10 saat dah siap tukar penapis ni. Tak perlu tunggu orang datang buatkan, tak perlu gunakan sebarang peralatan. Pulas penapis guna tangan, cabut dan pasang penapis baru. Siap.




5. Rekabentuk yang menjimatkan ruang






Rumah saya comel je. Condo untuk pasangan muda baru berkahwin kan.. Jadi kalau boleh, tak perkakas yang dipasang dalam rumah takdelah besar sangat sampai Nampak semak.



6. Bajet

Kalau dulu saya beli air mineral dalam RM10 untuk botol 9.5 liter. Lebih kurang RM1 seliter saya bayar. Dengan penapis air ini, kos saya telah turun kepada 23 sen seliter untuk tahun pertama penggunaan dan tahun seterusnya jadi 7 sen seliter je.

Oklah tu. Memang perlu keluarkan kos sikit tapi kalau kos yang dikeluarkan ni supaya saya dan ahli keluarga saya dapat minum air yang terjamin kebersihannya, takde masalah.





1 comment:

  1. Terima kasih diatas perkongsian tips yang sangat membantu. Tips ni sangat penting bagi mana2 yang tengah survey penapis air. Boleh baca atau rujuk artikel ni juga https://fazillahasyikin.blogspot.com/2022/06/how-to-choose-right-water-filter-in.html

    ReplyDelete