Wednesday, 5 August 2015

Info Jadual Pasang Surut Air Laut

ketahui info berkenaan jadual pasang surut air laut untuk memudahkan aktiviti anda.

Kepada pemancing laut dalam atau nelayan, pengetahuan tentang waktu pasang surut air laut adalah penting bagi menentukan bilakah waktu yang sesuai untuk menjalankan aktiviti joran atau menangkap ikan mereka. 

Ilmu dan teori pasang surut air laut ini diwarisi secara turun-temurun berpandukan kedudukan bulan. Namun pada masakini dengan adanya peralatan canggih dan moden akan lebih membantu kita mengetahui dengan ‘lebih tepat’ waktu pasang surut air laut dan mencatatkannya di dalam satu carta yang dinamakan Jadual Pasang Surut Air Laut


Menerusi teori pasang surut air laut, kedudukan bulan diperhatikan di dalam 2 keadaan iaitu bulan terbit dan bulan terbenam. Maka carta jadual seperti berikut dihasilkan.

Jadual Pasang Surut Air Laut





Pasang surut berubah dengan fasa-fasa bulan. Dalam fasa bulan baru, apabila anda tidak dapat melihat bulan, pasang surut air cenderung untuk menjadi lebih tinggi kerana mereka dipengaruhi oleh tarikan graviti bulan. Ketika fasa bulan lilin, air pasang akan menjadi lebih rendah. Apabila menuju ke fasa bulan penuh, pasang surut menjadi lebih tinggi lagi dan menjadi lebih rendah pada bulan sabit.
Jadual Pasang Surut Air Laut

Buat pengetahuan, anda juga boleh merujuk laman web berikut untuk mengetahui jadual air pasang surut di Malaysia dengan lebih lengkap dan terperinci:

1) www.jupem.gov.my
2) www.met.gov.my
3) www.tides4fishing.com


Di Malaysia, antara kawasan-kawasan kajian dan tumpuan aktiviti laut yang sering diambil kira adalah seperti di Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Lumut, Geting, Cendering, tanjung Gelang, Pulau Tioman, Perlabuhan Klang, Tanjung Keling, Tanjung Sedili, Kukup, Johor Bahru, Kudat, Sandakan, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Labuan, Miri, Bintulu, Tawau, Pulau Lakei dan Sejingkat.


No comments:

Post a Comment