Saturday, 29 August 2015

Produk keluaran Coway yang terbaru : Coway Juicepresso Premium Juicer

Perkongsian ini adalah hasil review dari blog akmaomar.com yang telah  mendapat jemputan produk review Roadshow Coway Juicepresso di Cheras Leisure Mall. jom kita tengok perkongsian dari blog beliau.





Seperti yang kita ketahui, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sebahagian daripada diet yang sihat, banyak khasiat dan baik untuk kesihatan.

Penting untuk pengambilan yang konsisten setiap hari dan termasuk dalam jadual permakanan yang seimbang. Ia membekalkan nutrien penting untuk kesihatan dan penyelenggaraan badan.

Secara keseluruhannya mampu mengelak risiko penyakit kronik dan membantu proses dalam badan.



Coway Juicepresso Roadshow

Coway Juicepresso Roadshow




Saya mendapat jemputan produk review Roadshow Coway Juicepresso di Cheras Leisure Mall. Roadshow diadakan diseluruh Malaysia untuk memperkenalkan produk keluaran Coway yang terbaru.

Produk pemerah jus buah buahan yang berkelajuan rendah Juicepresso terbaru keluaran Coway yang dilancarkan adalah pertama di Malaysia.

Rekabentuk Coway Juicepresso ini moden, terkini dengan design serta ciri-ciri dicipta untuk meningkatkan taraf kesihatan dan hidup anda.

Sesuai untuk gaya hidup moden dan menaik taraf dapur anda.



Coway Juicepresso

Coway Juicepresso All New Premium Juicer






Juicepresso adalah paten pemerah jus berteknologi yang unik dan kuat dari Coway.

Paling menarik, rekabentuk yang solid dan nampak kukuh. Ada satu warna sahaja iaitu merah. Memang cantik, slim, tinggi dengan warna yang menarik.

Lihat imej diatas, pulpa dan jus buah keluar berasingan. Memudahkan kita untuk membersihkan bahagian dalam juice maker.

Tidak seperti kebanyakkan juice maker, kadang-kadang pulpa atau hampas buah akan tersangkut dicelah-celah bahagian dalam pemerah dan susah hendak dibersihkan.



Kebaikan Coway Juicepresso


Ini review yang saya lihat sendiri dari segi rekabentuk, ciri-ciri dan spesifikasi yang ada pada Coway Juicepresso.

Anda tahu tentang espresso coffee?

Brewed coffee yang selalu kita minum yang menggunakan mesin khas dan dijual dengan harga yang mahal kerana kualiti coffee yang asli dan pekat tanpa banyak campuran air.

Apa yang saya kaji dan lihat, Coway Juicepresso lebih kurang sama. Menghasilkan pati jus yang asli dan fresh. Sebab itu agaknya diberi nama Juicepresso.

Apa-apa jenis produk electrikal, paling penting untuk kita titik beratkan adalah keselamatan. Spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan Coway Juicepresso adalah terbaik malah mesra pengguna.

Selain itu, fleksibel digunakan bila-bila masa.

Contoh… jika kita hendak buat apa-apa jamuan, tetamu boleh layan diri, tak payah susah-susah hendak perah jus awal-awal. Sediakan buah sahaja dan Coway Juicepresso. Tekan suis terus keluar fresh jus, letak ais dan tadaa…siap diminum huhu.



Coway Juicepresso Demo


Saya sempat menonton demo, memang mudah, cepat dan bersih.

Tidak remeh nak buat jus sendiri. Jus yang dihasilkan kurang pulpa buah-buahan, kurang buih dan udara didalam jus.

Paling utama jimat masa dan mudah!

Ketika mencuba jus yang dihasilkan dari Coway JuicePresso, rasa jus yang diekstrak manis, pure dan tidak berkeladak berbanding jus yang diekstrak menggunakan pemerah jus biasa yang cepat mendap.

Squeeze Nature, Taste Coway Juicepresso



JuicePresso 3 dalam 1 adalah sistem pengekstrakan Smart yang menggabungkan tiga bahagian yang bergerak ke dalam satu bahagian.
Sistem adalah BPA free dan selamat cepat dan mudah untuk dibersihkan.
The Juicepresso 3 in 1 Smart extraction system(TM) combines three moving parts into one piece. Our system is BPA free and dishwasher safe making clean up fast and easy!


  • Teknologi inovatif yang mendapat paten sedunia dengan Sistem memerah Bersepadu 3 dalam 1. Ringan dan sistem tekanan memerah yang kuat dengan Motor DC yang dicipta untuk memerah buah dan sayur yang lebih keras.
  • Menggunakan kaedah tekan dan perah yang maksimun dengan teknologi kelajuan yang rendah untuk proses pemerahan jus tanpa merosakkan khasiat buah dan kandungan nutrien dan jus kekal dan tidak akan diasingkan
  • Mesra pengguna dan mudah dengan safety sensor automatik yang mengurangkan risiko kecederaan kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk pengguna.
  • Mudah dan cepat untuk dibersihkan kerana tidak banyak bahagian dan tidak rumit.
  • Reka bentuk revolusioner langsing dan canggih dengan cara pemasangan yang mudah. Hanya perlu masukkan screw. dan juice presso anda sedia digunakan.
  • Tahan lama sehingga tujuh (7) tahun jaminan.

Coway Juicepresso Base Unit

Coway Juicepresso Teknologi Paten Terbaik Sedunia



Produk keluaran Coway dari Korea ini memang telah diakui kualitinya. Coway secara meluas diiktiraf sebagai peneraju pengeluar peralatan kesihatan rumah yang terbaik di Korea dan Coway mengembangkan perniagaannya ke pasaran Malaysia pada tahun 2006.
Walaupun harga retail produk Coway agak mahal tetapi berkualiti dan perkhidmatan Coway telah memenangi hati pengguna di Malaysia.
Coway juga telah berjaya memperolehi Sijil Halal dari JAKIM. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengesahkan bahawa penulen air dan penapis Coway telah mematuhi keperluan HALAL mengikut Undang-undang Islam.
Untuk membeli produk Coway Juicepresso ini anda boleh dapatkan dikedai-kedai barangan lektrik yang menjadi agen Coway atau anda boleh lawati laman web Coway Malaysia.
Alah membeli, menang memakai. Biar mahal harga sesuatu barang yang dibeli asalkan bermutu dan tahan lama.


sumber : akmaomar.com 



Friday, 28 August 2015

Penapis Air Coway Untuk Keluarga Tercinta

Penapis Air Coway bantu puan, suami dan anak-anak minum air panas & air sejuk dalam masa 3 saat. Tinggal tekan sahaja.



ANDA KERJA SEPENUH MASA ?
TIADA MASA YANG CUKUP URUS RUMAH TANGGA ?
SENTIASA PENAT DAN STRESS ?




TAHUKAH ANDA DENGAN SEDIKIT BANTUAN ANDA BOLEH BERNAFAS LEBIH LEGA

PERLUKAN PEMBANTU ?

TAPI PEMBANTU RUMAH MAHAL, BANYAK SONGEH DAN TAK DIJAMIN SELAMAT




MANA NAK CARI PEMBANTU YANG..




1. Yang bijak dan hebat
2. Yang patuh dan setia
3. Yang bersedia 24 jam bila diperlukan
4. Yang bergaji rendah
5. Yang selamat dan mesra dengan anak-anak


MAKA INI YANG PUAN-PUAN PERLUKAN: PENAPIS AIR COWAY!








PENAPIS / PENULEN AIR COWAY MODEL VILLEM




1. 4 suhu serba serbi, panas/suam & sejuk/biasa
2. sensor cahaya yang bijak, auto sleep mode
3. fungsi child-lock untuk fungsi air panas
4. BPA FREE
5. Air tapisan 6 tahap peringkat paling sempurna 0.0001 mikron
6. Mempunyai sijil halal JAKIM
7. tangki kedap udara
8. anti bakteria
9. power saving untuk menjimatkan penggunaan elektrik kurang dari RM10 sebulan.
10. mempunyai 3 fungsi air iaitu panas,sejuk dan air biasa.
11. paparan elektronik untuk menunjukkan tahap suhu dan paras air terkini.
12. menggunakan teknologi R.O terkini
13. terbukti efektif menentang bakteria.
14. air panas tersedia 24 jam..mudah bagi anda yang nak menyediakan air untuk tetamu atau bancuhan susu bayi.

Kami bersedia menyediakan perkhidmatan penapis air Coway di Putrajaya Selangor



APA PUAN-PUAN TUNGGU LAGI ?


PENYELESAIANNYA DAH ADA !



MEREKA SEMUA TELAH MENIKMATI PENAPIS AIR COWAY DAN SANGAT BERBAHAGIA
  • ANAK-ANAK SUKA MINUM AIR
  • DAPUR LEBIH KEMAS DAN CANTIK
  • TAK PERLU TADAH IAR LAGI
  • TAK PERLU MASAK AIR LAGI
  • LEBIH BANYAK RUANG DI DAPUR DAN PETI AIS


JIKA PESAN PENAPIS AIR COWAY SEKARANG PUAN-PUAN AKAN DAPAT:


PERCUMA



1. Penghantaran seluruh Malaysia
2. Pemasangan seluruh Malaysia
3. Servis terbaik penapis air Coway Putrajaya Selangor

ADA LAGI !!



PUAN-PUAN JUGA AKAN MENIKMATI 

bukan 1 bukan 2 bukan 3 malah 5 tahun !!


1. Servis sanitasi eksklusif setiap 2 bulan di kediaman anda
2. Filter gantian tulen berjadual setiap 6,12,18 dan 24bulan
3. Jaminan penuh selama 5 tahun
4. Alat ganti tulen berjenama Coway

Pakej termasuk:


✔1. FREE Delivery

✔2. FREE Installation

✔3. FREE Warranty

✔4. FREE Servis setiap 2 bulan sekali

✔5. FREE Filter gantian 

✔6. FREE Spareparts

✔7. FREE Re-installation

✔8. FREE Water tubing + basic piping



APA TUNGGU LAGI?


DAH RAMAI KAWAN-KAWAN YANG PAKAI PENAPIS AIR COWAY KAN?

HUBUNGI SAYA : Sms/whatapps/call



PENAPIS AIR ‘ULTRAFILTRATION/REVERSE OSMOSIS PLANT’ UNTUK MANGSA GEMPA BUMI RANAU



RANAU, SABAH 22 JUN 2015 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengenalpasti sumber air bersih bagi tujuan penapisan air bersih untuk mangsa gempa di ranau. Sumber air bersih ini akan diproses menggunakan mesin penapis air ‘Ultrafiltration/Reverse Osmosis Plant’, ciptaan UTM melalui Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (AMTEC) dengan menggunakan dana MOSTI.

“Mesin ini akan dapat menghasilkan air bersih daripada air laut, air payau dan air keruh. Mesin ini juga mampu menghasilkan sekitar 5,000 liter air bersih dalam masa satu jam untuk kegunaan 2,000 orang sehari tanpa perlu dimasak” demikian menurut YB Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau yang mengetuai Lawatan Misi Gentech : Sahabat Ranau bersama-sama Pengurusan Tertinggi MOSTI.

Misi Gentech : Sahabat Ranau turut mengunjungi Pejabat Meteorologi Ranau bagi mendengar taklimat dan laporan terkini mengenai status gempa juga ke Water Intake di Kimolohing bagi meninjau keadaan semasa serta kesesuaian menempatkan mesin penapis air ‘Ultrafiltration/Reverse Osmosis Plant’.

Dalam taklimat khas oleh Agensi Remote Sensing (ARSM) Pejabat Meteorologi Ranau, di antara teknologi sedia ada yang dikenalpasti di MOSTI adalah Teknologi Remote Sensing yang dapat membantu mengenal pasti kawasan lokasi potensi air bawah tanah. Di samping itu, ARSM mempunyai keupayaan teknologi menyediakan maklumat kawasan hutan dan tadahan air kawasan Ranau dan Kundasang serta peta 3-D kawasan Gunung Kinabalu, Ranau dan Kundasang.

Agihan air mineral, bahan keperluan harian dan sabun serbuk hasil R&D SIRIM, agensi di MOSTI turut diagihkan MOSTI beserta jabatan/agensi kepada Pegawai Daerah Ranau yang akan mengagihkan bantuan tersebut kepada mangsa gempa bumi Ranau.

6 Tips Memilih Penapis Air Terbaik Untuk Kediaman Anda



Rasanya semua orang tahu dan pernah nampak warna air yang keluar daripada paip rumah kita kan? Kadang-kadang keluar keladak, karat dan berbau. Bila dah Nampak macam ni, agak-agak selamat ke air ni untuk diminum?

Itu sebabnya selama ni, saya hanya minum air mineral. Tak berani nak minum air dari paip, kecuali kalau dah ditapis. Sekarang, bila dah pindah rumah sendiri, baru saya pasang penapis air sendiri di rumah.

Nak pilih penapis air pun sama je macam nak pilih rumah. Kena tau sedikit sebanyak apa ciri yang perlu ada pada penapis air yang bagus. Oleh itu, saya kongsikan 6 tips memilih penapis air terbaik untuk kediaman anda.


1. Ketahanan

Bila beli perkakas untuk rumah kediaman sendiri, kita kena tengok pada ketahanan produk tersebut. Yelah.. nak tinggal kat situ lama, jadi produk yang dibeli mestilah tahan lama.

Sama juga dengan penapis air. Saya pilih jenama yang memang dah lama wujud, yang ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang penapisan air



2. Mempunyai Pensijilan Antarabangsa.






Kalau kat Malaysia, produk elektrik menggunakan pensijilan daripada Sirim sebagai bukti bahawa produk ini telah diuji dan selamat. Produk penapis air pun ada pensijilannya sendiri dan pensijilan dilakukan oleh NSF (National Sanitation Foundation) dari US.

Apa yang mereka buat adalah mereka uji setiap produk penapis air yang ada di pasaran bagi memastikan produk itu menepati piawaian yang ditetapkan. Produk penapis air yang berkualiti harus mempunyai pensijilan NSF. Kalau takde, elakkan.



3. Teknologi

Air yang disalurkan terdedah kepada pelbagai jenis dan punca pencemaran seperti paip lama yang berkarat, pasir, lumpur dan tak kurang juga punca air itu sendiri yang kadangkala sudah tercemar. Tu semua kotoran yang boleh kita Nampak lah kan..




4. Mudah untuk diselenggara

Pada tapak paip air penapis ini ada lampu indicator yang menunjukkan air boleh diminum. Bila sampai masanya, lampu ini akan bertukar menjadi merah menandakan telah sampai waktu untuk menukar penapis (jangka hayat penapis setahun+).

Dalam masa 10 saat dah siap tukar penapis ni. Tak perlu tunggu orang datang buatkan, tak perlu gunakan sebarang peralatan. Pulas penapis guna tangan, cabut dan pasang penapis baru. Siap.




5. Rekabentuk yang menjimatkan ruang






Rumah saya comel je. Condo untuk pasangan muda baru berkahwin kan.. Jadi kalau boleh, tak perkakas yang dipasang dalam rumah takdelah besar sangat sampai Nampak semak.



6. Bajet

Kalau dulu saya beli air mineral dalam RM10 untuk botol 9.5 liter. Lebih kurang RM1 seliter saya bayar. Dengan penapis air ini, kos saya telah turun kepada 23 sen seliter untuk tahun pertama penggunaan dan tahun seterusnya jadi 7 sen seliter je.

Oklah tu. Memang perlu keluarkan kos sikit tapi kalau kos yang dikeluarkan ni supaya saya dan ahli keluarga saya dapat minum air yang terjamin kebersihannya, takde masalah.





Penggunaan Penapis Air Di Rumah & Kesannya Pada Kesihatan mulut



Penggunaan alat penapis air di rumah menjadi begitu popular lantaran masyarakat kini semakin sedar tentang kesihatan mereka dan prihatin terhadap kualiti bekalan air awam.



Apakah jenis-jenis alat penapis air di rumah?
Sistem rawatan air di rumah adalah termasuk pelembut air dan penapis air. Ia terbahagi kepada dua kategori asas iaitu : punca tempat air masuk dan punca tempat air diguna.

Sistem rawatan air di rumah kategori punca tempat air masuk akan merawat semua air yang disalur masuk dan yang digunakan di rumah.

Manakala sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna akan merawat sebahagian air daripada sistem pengaliran air rumah seperti penapis air yang selalunya hanya menggunakan satu kepala paip. Air ini biasanya hanya digunakan untuk minuman dan masakan. Di antara contoh sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna adalah penapis air osmosis berbalik, penyulingan dan karbon teraktif.




Sejauh mana penggunaan alat penapis air di rumah begitu popular?

Kaji selidik Kualiti Air Pengguna Peringkat Kebangsaan Januari 1999 menunjukkan bahawa 38% orang dewasa dilaporkan menggunakan alat penapis air di rumah, iaitu peningkatan sebanyak sepuluh peratus sejak tahun 19951. Empat puluh tujuh peratus (47%) responden menyatakan bahawa mereka akan lebih berminat untuk membeli rumah yang telah dilengkapi oleh alat penapis air jika mereka berkeinginan untuk memiliki rumah baru.

Di Pahang, kajian di kalangan isi rumah menunjukkan bahawa hampir separuh daripada mereka mempunyai satu atau lebih alat penapis air di rumah masing-masing. Namun, 44% yang belum mengguna alat penapis air, bercadang untuk memilikinya2. Kajian yang dijalankan di Johor pula menunjukkan hampir sepertiga (34%) daripada anggota pergigian menggunakan alat penapis air di rumah, dari jenis penapis air yang menggunakan sistem karbon teraktif.





Kenapa penggunaan alat penapis air di rumah menjadi pilihan?

Majoriti pengguna menggunakan alat penapis air bertujuan untuk menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bendasing yang ada di dalam bekalan air awam. Kesimpulannya penggunaan alat penapis air di rumah adalah untuk manfaat kesihatan dan meningkatkan kualiti air tersebut.




Apakah kesan penggunaan alat penapis air di rumah pada kesihatan mulut?

Di Malaysia, 76% penduduk kini telah menerima bekalan air awam berfluorida. Fluorida yang terdapat di dalam air minuman merupakan satu kaedah yang paling berkesan, selamat dan kos efektif di dalam mencegah penyakit karies gigi (gigi rosak) di kalangan masyarakat.

Banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa alat penapis air yang menggunakan sistem osmosis berbalik (reverse osmosis) atau sistem penyulingan akan memberi kesan dalam menurunkan atau menyingkirkan semua kandungan fluorida dan mineral-mineral lain di dalam air minuman

Namun begitu, kebanyakan sistem penapis air dengan sistem karbon teraktif tidak memberi kesan ke atas kandungan fluorida di dalam bekalan air.

Oleh sebab itu, sekiranya kandungan fluorida di dalam bekalan air tidak mencapai paras optimum yang diperlukan, disebabkan oleh penggunaan sistem air penapis di rumah, ia tidak akan berupaya untuk mencegah kejadian karies (gigi rosak). Sekiranya ini berlaku, kita hendaklah mendapat nasihat dari doktor gigi sama ada kita memerlukan terapi fluorida tambahan atau kaedah lain dalam mencegah kerosakan gigi.




Kata-kata nasihat

Pilihlah alat penapis air yang bersesuaian. Semasa memilih alat penapis air, pastikan sistem yang digunakan oleh alat penapis air tersebut. Kita perlu tahu bahawa terdapat sistem penapis air di rumah yang boleh mengurangkan kesan fluorida dan mineral yang lain yang terkandung di dalam air minuman kita seperti sistem penapis air osmosis berbalik (reverse osmosis) dan penyulingan.


Gunalah alat penapis air dan air yang telah ditapis dengan betul Air yang telah ditapis oleh alat penapis air di rumah hendaklah dikendalikan sebagaimana makanan yang mudah rosak dan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Air ini hendaklah diminum dalam masa 24 jam. Arahan dari pihak pengeluar untuk alat penapis air hendaklah dipatuhi setiap masa.


Rujukan
  1. The U.S. Environmental Protection Agency. Analysis and Findings of The Gallup Organization’s Drinking Water Customer Satisfaction Survey National Consumer Water Quality Survey, August 6, 2003.
  2. Lopez I, Asmani AR, Kwan GL. Effect of Household Water Filters on the Fluoride Level in Filtered Water. A Compendium of Abstracts 2006, Oral Health Division, Ministry of Health 2007; 88
  3. Loh KH, Yaacob H, Adnan N, Omar S, Jamaludin M. A Study of The Effect of Home Water Filtration Systems On Fluoride Content of Drinking Water in Johor. Oral Health Division Johor 2010 Unpublished
  4. Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia. Key Result Area (KRA) and Key Performance Indicator (KPI) 2011
  5. Jobson MD, Grimm SE 3rd, Banks K, Henley G. The effects of water filtration systems on fluoride: Washington, D.C. Metropolitan Area. ASDC J Dent Child 2000;67:350–4.[Medline]
  6. Glass RG. Water purification systems and recommendations for fluoride supplementation. J Dent Child 1991;58:405–8.
  7. Brown MD, Aaron G. The effect of point-of-use water conditioning systems on community fluoridated water. Pediatr Dent 1991;13:35–8.[Medline]
  8. Buzalaf MA, Levy FM, Rodrigues MH, Bastos JR. Effect of domestic water filters on water fluoride content and level of the public water supply in Bauru, Brazil. J Dent Child (Chic). 2003 Sep-Dec;70(3):226-30.
  9. Hideki Konno, Tsutomu Sato, Takatoshi Neither Hollow-Fibre Membrane Filters nor Activated Charcoal Filters Remove Fluoride from Fluoridated Tap Water. JCDAwww.cda-adc.ca/jcda June 2008, Vol. 74, No.5
  10. Prabhakar AR, Raju OS, Kurthukoti AJ, Vishwas TD. The effect of water purification systems on fluoride content of drinking water. J Indian Soc Pedod Prev Dent. 2008 Jan-Mar;26(1):6-11.
  11. http://www.thames-water.com/UK/region/en_gb/content/FAQ/FAQ_000058.jsp. Accessed 12 June 2008





Penapis air coway jadi pilihan Blogger Femes Nameeroslan ?

Blogger femes nameeroslan sedang mempertimbangkan untuk menggunakan jenama coway , dah penat nak angkat air.








berikut merupakan posting asal beliau di blog : http://nameeroslan.blogspot.com/ tentang pertimbangan beliau untuk menggunakan penapis aircoway  bagi memudahkan keluarga dan yang penting untuk kegunaan baby nya yang masih lagi perlukan susu botol. jom kita tengok apa pendapat blogger nameeroslan tentang produk penapis air coway ni.

antara model yang menjadi pilihan nameeroslan ialah model PETIT. Model petit ini dilengkapi dengan 3 suhu air iaitu panas,sejuk dan suhu bilik. (biasa)

model PETIT antara model penapis air yang mempunyai rekabentuk yang menarik dan moden.







kapasiti tangki untuk model PETIT ini ialah sebanyak 3 liter untuk air suhu bilik,1.2 liter untuk air panas dan 2.3 liter untuk air sejuk. mempunyai berat hanya 18.7 kilo dan mampu milik dengan bayaran bulanan hanya RM 120 sahaja sebulan.






antara sebab mengapa nameeroslan memerlukan penulen @ penapis air di rumah ialah :


  • masalah perut yang sensitif. jadi pentingnya air yang bersih untuk diminum supaya perut yang sensitif ni tidak lagi terkena masalah cirit-birit.

  • mempunyai fungsi air sejuk dan panas. jadi tak perlulah nak jerang air panas malam-malam untuk buat bancuhan susu bayi nanti.

  • tak perlu lagi masak dan isikan air untuk buat simpanan dalam peti ais. sebab dengan adanya penapis air ini dah auto refill air kedalam tank penulen air ni.








senang nak buat susu anak.



air bersih sangat penting sebab air lah bahan utama dalam badan. hampit 70% dalam badan kita adalah air. pastikan air yang kita minum juga adalah bersih dan sudah ditapis. apalagi untuk anak-anak kita minum.

anda boleh lawati LINK ini untuk sumber asal.



Thursday, 27 August 2015

" PENAPIS AIR YANG 'OK' DI PASARAN "

Berikut merupakan pengalaman salah seorang pengguna yang dikenali sebagai MAMA LINA dan telah menggunakan penapis @ penulen air coway. catatan di bawah adalah dari blog beliau :





Bagi masayarkat yang duduk di bandar metropolitan macam saya, penapis air merupakan satu keperluan yang agak wajib ada di rumah.

Mula-mula memang saya fikir buat apa buang duit nak beli atau sewa penapis air, sebelum ni saya tak ambil peduli sangat.

En. asben yang bersungguh nak cari penapis air untuk kesihatan katanya, tapi bila tengok air berkeladak dan berbau karat, saya rasa memang perlu sangat setiap rumah ada penapis air, yang penting untuk minum.

Apa lagi setiap kali buat susu anak saya terfikir air bau karat ke aku nak bagi baby. Jadi saya sokong sahaja keputusan En. Asben untuk sewa penapis air.

Oh ya, penapis air ni dikira sebagai sewa beli sahaja, kiranya bayar secara bulanan selama 5 tahun, Ya la nak beli cash sakit juga rasanya, jadi kami pilih yang sewa beli sahaja.


Setakat ni berpuas hati dengan jenama 'Coway' yang digunakan sekarang, servis pun ok. Penapis air jenis yang ada dirumah saya ni dah lengkap ada air panas, sejuk,dan suhu bilik, jadi kalau nak buat susu anak memang senanglah kerja, tak payah jerang air atas dapur.


Satu kelebihan penapis jenis ini, andai kata 'blackout' elektrik terputus fungsi untuk keluar air tetap jalan, cuma panas dan sejuk tu tak adalah.


Apalagi , kalau anda cari penapis air yang 'OK' saya memang cadangan guna jenama 'coway' ops saya bukanlah ejen coway, cuma pengguna yang berpuas hati dengan produk dan juga servisnya.


sumber blog : MAMA LINA


Penapis @ penulen air coway / water purifier coway sally dengan bayaran bulanan serendah RM 140 untuk pakej sewa beli dan hanya Rm4,400 bagi yang ingin membeli secara tunai.




Penapis Air Coway menyediakan air yang terbaik dan diyakini ramai. Antara ciri-cirinya yang memikat hati ramai rakyat Malaysia.

Menyediakan 3 suhu air iaitu air Panas, Sejuk dan Biasa.

Air yang ditapis sempurna sehingga 6 peringkat

Diiktiraf dan dijamin Halal dari Jakim

PERCUMA Penghantaran

PERCUMA Pemasangan

PERCUMA Servis Sanitasi setiap 2 bulan sekali

PERCUMA Tukarganti Penapis berjadual

PERCUMA Jaminan Penuh

PERCUMA Alat Gantian Tulen

PERCUMA Pemasangan Semula (tertakluk kepada terma & syarat)

Tuesday, 25 August 2015

BPA : Bahan kimia yang terdapat pada botol susu anak anda. ( PERHATIAN! )

APA ITU BPA DAN KESANNYA 


Jika anda perasan, BPA selalu tercatat pada botol susu bayi. Apakah itu BPA? BPA ialah singkatan nama bagi Bisphenol A sejenis bahan kimia yang lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Kita akan lihat pasti ada tercatat BPA Free atau mungkin tidak tercatat langsung. 

Kajian yang dijalankan di Universiti Malaya mendapati percampuran polikarbonat dan Bisphenol A (BPA) dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu didakwa berbahaya kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak. 

Namun tiada sebarang kajian saintifik dan penilaian yang dijalankan untuk mengesahkan fakta tersebut. 



Hasil kajian tersebut mendapati: 

  • BPA ini akan menyebabkan gangguan pada sistem hormon badan bayi. 

  • Menjejaskan sistem tubuh badan bayi. 

  • Menurut Pegawai Perubatan Hospital Pantai Ampang, Dr. Hanafiah Bashirun, BPA ialah bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat botol susu bayi polikarbonat agar botol tersebut keras dan lutsinar. 

  • Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa yang mampu dinasihatkan agar memilih botol susu bebas BPA, contohnya Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamides (PA). 

  • Botol susu yang mengandungi BPA biasanya bersifat keras dan lutsinar. Perhatikan label kod identifikasi plastik pada bawah botol susu. Botol susu yang mengandungi BPA akan dilabel dengan ‘Nombor 7′, ‘Nombor 7 dan PC’, atau ‘Nombor 7 dan other’. 

  • Bagi ibu bapa yang sedang menggunakan botol susu mengandungi BPA, adalah dinasihatkan agar menukar botol tersebut kepada botol ‘Bebas BPA’. 


Fakta Botol Susu Jenis Polikarbonat 


  • Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan penggunaan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi BPA selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak. 

  • Bisphenol A boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh. 

  • Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi dianalisis oleh Kementerian Kesihatan dan 85 peratus daripadanya mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan. 

  • Kajian Universiti Malaya (UM) menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding suhu bilik 25 darjah celsius. 



Kenal Pasti Botol Susu Jenis Polikarbonat :

  • Bersifat keras dan lutsinar yang mana ia mengandungi BPA. 

  • Botol susu tersebut juga boleh dikenali melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi. 

  • Kod identifikasinya adalah ‘Nombor 7′, ‘Nombor 7 dan PC’, ‘Nombor 7 dan other’. 

  • Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA Free’ atau bebas BPA. 




Kod identifikasi yang selalu terdapat pada botol susu anak anda.



jika botol atau bekas makanan anda menggunakan bahan seperti no 4,5,1 dan 2 ia tidak baik untuk kesihatan anda.





Info lain 

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'


Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) mulai 1 Mac 2011. 

Pada 30 Mac 2011, Kementerian Kesihatan memaklumkan pengharaman penggunaan botol susu bayi polikarbonat mengandungi BPA adalah tidak perlu dilakukan dengan serta-merta. 

Menurut Menteri Kesihatan, datuk Seri Liow Tiong Lai, sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh dan terdapat ketidakpastian dalam kajian yang dijalankan oleh badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) walaupun mendapat gesaan pihak tertentu. 

Oleh itu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu jenis polikarbonat kepada botol susu bayi bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada Polypropylene (PP), Polyethersulfone (PES), Polyamides (PA) dan kaca.


Antara kesan negatif BPA walaupun pada dos yang rendah: 

• Merosakkan fungsi imunisasi 
• Akhil baligh sebelum masanya 
• Obesiti 
• Hiperaktif 
• Kanser 


 Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat : 

Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. 

Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. 

Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 

Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan. Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. 

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.



Produk penulen air coway / coway water purifier diperbuat dari bahan yang bebas BPA. Selamat digunakan oleh anda dan keluarga.